Bisikan sang bayu membawa perkhabaran Dongengan yang sama dicanang berulang Mengapakah diri dijadikan sasaran Sekilas pandangan pelbagai andaian Sungguh terkilan
Seumpama naskah yang terbuka Sesungguhnya tiada rahsia Bacalah kenalilah Dengan bijaksana Siapa aku yang sebenar
Korus
Kendati selautan segunung Permata di kanan dan kiri Selagi jantungku berdegup hingga tiba saat terhenti Dialah dihati
Mengapakah diri dijadikan sasaran Sekilas pandangan pelbagai andaian Sungguh terkilan
Seumpama naskah yang terbuka Sesungguhnya tiada rahsia Bacalah kenalilah Dengan bijaksana Siapa aku yang sebenar
Kendati selautan segunung Permata di kanan dan kiri Selagi jantungku berdegup hingga tiba saat terhenti Dialah dihati
Tiada pilihan kedua Pertama hingga akhir usia Hanya dia
Ulang 2x
Tiada rahsia lagi Usah bertanya berteka teki Cinta yang abadi Cintaku yang suci dihati